Halaman

Selasa, 21 Februari 2017

Perkara Yang Tak Disangka Berlaku

19 January is a bad day to my room mate. Hari yang cerah waktu pagi mungkin mendung waktu pagi. Tu yang dapat aku gambarkan pasal hari tu laa. Well pagi tu aku tak berapa ingat sangat apa yang jadi kat rumet aku. Setahu aku la pagi tu dia ada sakit sakit sikit. Aku just ingat sakit biasa, sebab normal la bagi perempuan kalau dua tiga hari period. So aku just buat dont know laa. Petang tu dia mengadu sakit. Aku tengok dia pon macam aku pon terasa sakit dia. Alia nasihatkan Sakinah (rumet aku yang sakit) pi klinik or hospital jugak kalau sakit sangat. Sebab dah nampak dia macam terok sangat.

Lewat petang, aku pi makan kat cafe dengan Alia tak silap aku. Aku p makan, haha lapaq weyh . Habis makan aku balik bilik, tengok-tengok Sakinah tak ada. Dia pi hospital . Aku pon, ohhh kan jaa. Bagus jugak dia pi hospital, sebab nampak mcm terok . Tunggu punya tunggu pukul 11 lebih bru dia balik . Tapi sebelum tu Alia ada call sebab lama jugak kat hospital , pastu Sakinah cakap nnti dia cerita bila balik , tapi suara Sakinah waktu tu mcm sedih , macam tengah nangis. Itu apa yg Alia cerita la. Aku dalam hati macam dah pelik, kenapa dia nangis weyh? Something bad happened? Pukul 11 lebih dia sampai bilik , serabut jugak la keadaan Sakinah waktu tu . Pastu muka dia macam baru lepas nangis .
Sampai ja bilik kami terus serbu diaa, tanya macam macam. Masa tu Sakinah dah start menangis, and guess what? Memang something bad happened laa. Doktor cakap yang dia ada cyst or ketumbuhan kat kawasan rahim.

 Rumet aku yang Alia dah start nangis dahh , aku ja still chill lagi . Aku cakap dalam hati yang jangan nangis depan diaa, nanti lagi bertambah sedih dia. Rumet aku yg Anas tidor waktu tuu . Sakinah cerita la yang dia sepatutnya kena stay kat hospital, tapi dia balik sebab tak dak sapa boleh teman dia. Dia takot . Pastu dia cakap yang esok parents dia datang bawak pi hospital kat KL .
Malam tu Sakinah tidor pon susah, baring sakit , so kesimpulannya dia tidor duduk ja. Kesian aku tengok diaaa. Tak selesa kot tidor duduk. Aku lepas dia tidor , aku pon tidor laa, sebab aku mana boleh tidor lambat.

Dalam pukul 2 pagi atau lebih macam tu, Alia gerak aku. Aku waktu tu terkejut plus mamai. Alia gerak sebab Sakinah mengadu sakit. Aku waktu dah la mamai , mmg blur la bila Alia cakap macam tu . Aku  dengan Alia tak tau nak buat apa, nak suruh dia makan ubat tahan sakit, dia bru makan dalam 2 jam lepas. So tak elok dia makan. Lepas tu dia mengadu yang dia dah tak tahan sangat . Rasa macam nak makan semua painkiller tu . Aku kata mana bolehh . Pastu dia cakap nak pi hospital. Anas call felo sbb aku dengan Alia dah gelabah waktu tu . Dah pening nak call sapa duh? Mak dia? Adik dia?

Lepas Anas habis call felo, Aku dengan Alia siap siap, Sakinah pon siap nak pi hospital . Kalut jugak la waktu tu . Dengan scarf tak jumpaa, memang kalut habis la kalau ingat balik. Anas tak ikot sbb dia tahu ramai ramai pi tak semestinya dapat pi semua. Aku dengan Alia rushing jugakla bawak Sakinah turun dari Aras 2. Tunggu felo depan blok mak aiii punya lama. Jenuh berkali call felo suruh cepat. Sampai ja felo, kami terus pergi Klinik Gopeng. Dekat sini la menguji kesabaran sikit , felo aku ni boleh cool ja. Panggil org yang bawak ambulans klinik gopeng pon cool ja. Bila aku cakap yg Sakinah suruh cepat, dia tak tahan dah, felo aku boleh cakap 'Sabar ye sabar'. Cool ja dia cakap macam tu .
Yang bawak ambulans tu pon satu, cool ja .

Memula tu, Sakinah dengan seorang peneman ja boleh ikot, tapi boleh bawak dua orng sebab perempuan. Perjalanan nak p hospital Ipoh slow gila waktu tu. Perghhh memang menguji kesabaran betol . Sampai wad kecemasan, Sakinah terus kena check Doktor. Kami pulak waktu tu pi urus pendaftaran dia . Sambil tunggu Sakinah kena check, aku call boyfriend dia, Alia call parent dia. Kalut jugak aa waktu tu . Pastu Sakinah keluar, dia cakap kena tahan kat ward. So, kami pon follow dia sampai kat ward. Waktu tu Sakinah ok sikit , then sakit dia kembali menyerang. Seingat aku , lepas dia sakit sangat, kami kena pi unit hasil utk settle down hal nak masuk ward apa semua. Kalut jugak waktu tu sbb tak pernah2 buat benda macam ni. Sesat jugak kami. hahaha. Kinah masuk ward, kami gilir gilir jaga. Itupon sat ja. Sbb guard suruh keluar. Tapi kami tunggu Sakinah sampai kepagi yang cerah depan ward dia. Sebab Sakinah takot.

Sakinah cakap yg dia kena operate jugak pagi tu, tapi kena tunggu parents dia datang nak sign borang. Mak dia sampai dalam pukul 9:30. Dia suruh kami tunggu masa dia operate tapi apakan daya kami tak dapat makbulkan sbb dia operate petang and kami kena balik kolej dah. Rasa terkilan jugak la waktu tu .

Again, kami dapat berita yang mengejutkan. Sepatutnya Sakinah punya operation tu minor ja, end up jadi major sbb dah lambat sangat . Aku terkejut bila dapt tahu. Kami semua nangis gila2 malam tu sbb kenapa perlu jadi macam tu. And semua orang salah kan diri  cakap kenapa tak terpikir bawak kpj, kalau pi kpj mesti tak jadi macam ni. Memang malam tu drama sedih berlaku la kat bilik aku


Bila ingat balik, rasa macam tak percaya ja benda ni berlaku. Rasa sekejap ja berlaku. sebab kami tak sangka langsung benda ni akan terjadi. Ok dah la tu aku share. Penat taip.

p/s: ada benda yang tak dicerita dan perlu dirahsiakan.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan