Halaman

Isnin, 21 November 2016

Misi Kekal PST



Assalamualaikum . 

Alhamdulillah  , habis dah final exam . Yippiiiii . Pejam celik pejam celik dah lima bulan jugak la aku jadi penghuni blok Seri Teja kat KMPk . Itu pon lepas aku tolak , tambah , darab , bahagi cuti semua tu . Hahaha. Banyak pengalaman yang aku dapat kat sini . Sedih , gembira , tawar , payau ,masam , manis ,pahit , duka , lara semua aku rasa dekat sini . 


KMPk ni besaq la jugak . Tempat dia berbukit bukau , nak pi kelas kena mendaki bukit baqhang . Penat aku . Kalau jogging kat kawasan ni , perghh memang mencabar fizikal dan mental weyh . Serius tak bohong . Naik basikal lagi laaa , kena kerahkan semua tenaga yang hang ada untuk kayuh tambah tambah bila kena kayuh tang bahagian bukit . Perghh seksa jiwa dan raga la waktu tu . Tapi apa apa pon best weyh naik basikal and jogging kat sini . 

Kat KMPk ni aku ditempatkan di blok perempuan , takkan blok lelaki pulak kot . Blok ni diberi nama Seri Teja . Blok ni ya ampunn jauh nak mampuih dengan cafĂ© , kelas and Anjung . Mana tak jauh nya , blok ni dok kat hujung dunia KMPk. Jenoh aku menapak pi kelas hari hari . Kalau lambat  bangun pi kelas jenuh lari macam Usain Bolt . Aku rasa Usain Bolt pon jadi lmbat sbb surrender dgn bukit kat KMPk. Hahahah . Aku dapat roommate yang sporting , lawak , cantik . Aku sorang ja mcm potato kat dlm bilik . Depa semua lawa lawa baqhang. Roommate aku Alhamdulillah tak sombong , ramah lagi ada la. Pot pet pot pet ja kerja . Sorang dari Kedah , sorang lagi Selangor , sorang lagi Perak sama dengan aku . 



Aku dapat Modul 1 masa first daftar kat sini . Modul 1 ada subjek Bio wey , memang tak la aku nak weyh . Bagi free buku subjek Bio pon aku tak nak weyh . Pastu aku tukaq ambik Modul 2 , subjek Bio tukaq dengan Sains Komputer . Aku dapat kelas F1T2 . Actually aku kenal classmates aku lambat dua minggu sbb waktu orientasi aku tak bersama dgn depa . Sbb mana satu MSP lagi . Aku ni pendiam weyh waktu masuk kelas tu . Mana cakap banyak sangat . Classmates aku semua cakap yg aku ni macam sombong . hahaha. Padahal depa tak tau yang aku ni hingaq nak mampuih . 

F1T2 ni ada kelas A dan B . Aku kelas A.  Kelas kami ada 13 orang , 4 laki , 9 perempuan . Adat la tu laki sikit . Budak kelas aku semua best best . Semua minat kdrama , drama Melayu . Pantang ada drama best sikit , kemain laju lagi depa download . Budak laki pon minat drama segala ni bukan budak perempuan ja . Budak kelas aku semua budak budak pandai . Dari SBP , sekolah cluster  , mrsm . Salute habis aku dengan depa . Yang bestnya depa ni tak sombong . 



Sebenarnya aku tak berapa suka pon dekat sini , nasib ada schoolmates, roommate , and classmate yang best .Boleh la aku bertahan kat sini . Aku banyak stress kat sini , dari pemalas nak buat homework ,aku jadi rajin buat . Haha. Aku sanggup buat homework awal  pagi , cari jawapan pagi pagi buta. Kat sekolah menengah , langsung aku tak pernah buat weyh .
Aku banyak sorok stress aku kat kelas , jarang ada orang perasan aku rasa . Tapiiii aku silap , sebenarnya classmates aku perasan . Hahaha. Nanti la aku cerita mcm mana depa perasan . 


Apa apa pon, aku harap aku dapat untuk meneruskan sem dua kat sana. Habiskan aku punya study lagi lima bulan dengan depa (classmate , roommate ,schoolmate) kat sana . InshaaAllah . Even my new classmates aku tak sama dgn my old classmates , tapi aku seronok kawan dngan depa sebab setiap orang ada keistimewaan tersendiri.