Halaman

Isnin, 16 Mei 2016

24 Hours Short Vacay


Assalamualaikum . 

Trip to Cameron Highland . Actually , vacation ni tak sampai 24 jam pon . Lepas aku tambah , tolak , darab , bahagi , lebih kurang lapan ke sepuluh jam aku berada di bumi Cameron . Selebihnya dihabiskan buat air liur dan tahi mata dalam bas . Kahkahkah .


Vacation ni tak dirancang pon sebenarnya . Aku pi pn lepas Azlina ajak dalam group Whatsapp . Kalau dia tak bagitau memang aku tak pi la . Lagipon fee nak pi Cameron tu tak mahal sangat . Dalam 35 ringgit sahaja . So , berpatutan la . Aku pergi dengan Azlina , Fatin , Nadiah under lawatan yang dibuat orang Selama ,Perak .



Kami sepatutnya bertolak pergi Cameron pukul 1 pagi .  Unfortunately , kami tak bertolak pada masa yg ditetapkan . Itulah janji Melayu .  Orang janji pukul 1 driver bas mai pukul 2 pagi . Hampa rasa? Mengantuk gila tunggu dia .  Punya habis ayaq liuq laa bergossip tunggu dia punya pasal .
Lepas dah sampai kami pergi Selama sebab nak ambik orang sana pulak . Majoriti orang Selama yang pergi . Aku ada nak complain sikit la pasal depa ni sebab mostly depa ni terdiri drpada golongan remaja . Aku tahu depa ni couple paling sweet , tapi tolonglah , tak payah la duduk dalam bas sebelah-sebelah . Malu la kat orang sama .



Okey back to the trip . Kami sampai Cameron lebih kurang pukol 8 pagi tak silap aku la.  Kami sampai terus cari toilet  sebab nak basuh muka yang penuh dengan tahi mata. Kahkahkah . Tapi tak jadi sebab toilet tak bukak lagi .  Kuang asamm betol .  So, kami pon pi breakfast dulu .Kita pekena roti canai dengan teh tarik dulu . Nyum nyum .  Air kat toilet dia memang sejuk habis la .Dingin ja rasa muka aku lepas basuh . Hahaha .




Habis ja berhenti breakfast kami pergi MARDI . Tiket nak masuk dalam 3 ringgit untuk dewasa .  Masuk2 tu  kami tak lepaskan untuk bergambar .  Bila lagi nak selfie bagai kat tempat yang penuh dengan bunga  ni ? Dahla aku ni jenis jarang pi bercuti , so dah ada peluang ni kita guna sebaik mungkin . Kat dalam tu ada jugak la jual strawberry celup coklat . Agak mahal dari yang jual kat luaq . Sebatang 2 ringgit . Dah la 3 biji ja dia letak .




Habis meronda dalam MARDI tengok burung , arnab , strawberry dan bunga segala kami pergi mana tah  .  Dia macam pasar  yang jual strawberry murah dan souvenir segala tu. Kat situ memang kami shopping sakan la . Beli strawberry sebungkus 15 ringgit  , cendawan celup tepung , teh , jem , jagung , ubi manis dan sebagainya .





Lepas habis perabih duit berpuluh ringgit .  Kami pergi taman lebah . Nak pergi taman lebah punyalah berejam sebab sesak . Mau terkucil aku dalam bas punya lama sangat .  Disebabkan lama sangat , driver bas berenti kat food court utk lunch . Tapi aku tak makan la sebab gila mahai . Dah la tak sedap (komen makcik2 yg dok complain kat kami) Toilet kat food court  ni mahai sampai cekik darah . 50 sen sekali masuk , sebabnya tandas dia ada aircond and kipas . Tapi ayaq slow macam tu jugak .



Sampai kat taman lebah kami ronda kat kedai souvenir ja . Malas nak jalan2 kat taman lebah sebab kami singgah ja pon . Kat situ aku adalah beli fridge magnet . 4 benda 10 ringgit . Okey la . Lepas tu kami pergi ladang teh Cameron Valley .  Kalau nak beli teh ka tempat ni mahai sikit sebab sekali dengan harga gst . So belilah kat pasar2 . Sempat la jugak tangkap gmbar kat ladang teh . Lepas tu bertolak balik ke Parit Buntar yang tercintaaa .



Nota :
Trip ni tak berapa nak bagus dia punya pengurusan masa .  Setiap tempat kami pergi ketua rombongan tak habaq langsung berapa jam nak habiskan masa kat satu2 tempat .
Dah la masa untuk singgah solat pon tak dak .  Tu yang aku kesal . Habis subuh aku kelaut . Berdosa aku dengan Allah . Bayangkan 5- 5;50 dia habiskan masa kat RnR tapi bila masuk waktu Subuh dia start blah  pergi Cameron . Tapi salah kami jugak tak berani  habaq kat dia kata kami nak solat . Kami jamaq solat zuhur dan asar pon dah hujung waktu . Itupon tergesa-gesa sbb dia berenti kat RnR dalam 15 minit ja.  Serious aku harap perkara mcm ni tak berulang lagi .