Halaman

Isnin, 11 Januari 2016

Jumpa lagi , Sahabat


Assalamualaikum.

Ehem , secara rasminya , kita telah tamat sekolah pada 1 Disember 2015 . Sekarang , orang sekeliling kita tak boleh panggil kita budak sekolah lagi. tapi bagi aku kita tetap budak sekolah. Haha . Perangai semua tak matang lagi. Macam budak-budak . Kini , kita sudah start menginjak ke alam yang penuh dengan adventure , dugaan , gembira , cabaran dan kesedihan iaitu alam dewasa. Kita semua akan mula serius untuk berlari mengejar impian terbesar masing-masing .

Selepas dapat result SPM ,  inshaaAllah kita semua akan melangkah masuk ke tempat yang asing bagi kita untuk menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi iaitu universiti . Mungkin lepas ini , hampa akan masuk bidang arkitek , jurutera , doktor daan lain lain lagi . Tapi yang pasti kita bakal kembali masuk ke dalam kelas untuk menuntut ilmu . Kita juga kembali mengejar gred A demi mencapai kecemerlangan akademik . Mesti ramai yang akan berusaha nak dapat anugerah dekan . Tetapi dalam kita dok sibuk cari gred A ,  ada satu 'A' yang kita tidak sepatutnya lupakan...
'A' yang paling penting dalam hidup kita adalah Allah.

Sesungguhnya misi utama kita sebagai hamba Allah adalah mendapat keredaanNya . Apa pun , good luck .  Semoga kita berjaya di dunia dan akhirat.


Jumpa lagi , sahabat .