Halaman

Isnin, 21 November 2016

Misi Kekal PST



Assalamualaikum . 

Alhamdulillah  , habis dah final exam . Yippiiiii . Pejam celik pejam celik dah lima bulan jugak la aku jadi penghuni blok Seri Teja kat KMPk . Itu pon lepas aku tolak , tambah , darab , bahagi cuti semua tu . Hahaha. Banyak pengalaman yang aku dapat kat sini . Sedih , gembira , tawar , payau ,masam , manis ,pahit , duka , lara semua aku rasa dekat sini . 


KMPk ni besaq la jugak . Tempat dia berbukit bukau , nak pi kelas kena mendaki bukit baqhang . Penat aku . Kalau jogging kat kawasan ni , perghh memang mencabar fizikal dan mental weyh . Serius tak bohong . Naik basikal lagi laaa , kena kerahkan semua tenaga yang hang ada untuk kayuh tambah tambah bila kena kayuh tang bahagian bukit . Perghh seksa jiwa dan raga la waktu tu . Tapi apa apa pon best weyh naik basikal and jogging kat sini . 

Kat KMPk ni aku ditempatkan di blok perempuan , takkan blok lelaki pulak kot . Blok ni diberi nama Seri Teja . Blok ni ya ampunn jauh nak mampuih dengan cafĂ© , kelas and Anjung . Mana tak jauh nya , blok ni dok kat hujung dunia KMPk. Jenoh aku menapak pi kelas hari hari . Kalau lambat  bangun pi kelas jenuh lari macam Usain Bolt . Aku rasa Usain Bolt pon jadi lmbat sbb surrender dgn bukit kat KMPk. Hahahah . Aku dapat roommate yang sporting , lawak , cantik . Aku sorang ja mcm potato kat dlm bilik . Depa semua lawa lawa baqhang. Roommate aku Alhamdulillah tak sombong , ramah lagi ada la. Pot pet pot pet ja kerja . Sorang dari Kedah , sorang lagi Selangor , sorang lagi Perak sama dengan aku . 



Aku dapat Modul 1 masa first daftar kat sini . Modul 1 ada subjek Bio wey , memang tak la aku nak weyh . Bagi free buku subjek Bio pon aku tak nak weyh . Pastu aku tukaq ambik Modul 2 , subjek Bio tukaq dengan Sains Komputer . Aku dapat kelas F1T2 . Actually aku kenal classmates aku lambat dua minggu sbb waktu orientasi aku tak bersama dgn depa . Sbb mana satu MSP lagi . Aku ni pendiam weyh waktu masuk kelas tu . Mana cakap banyak sangat . Classmates aku semua cakap yg aku ni macam sombong . hahaha. Padahal depa tak tau yang aku ni hingaq nak mampuih . 

F1T2 ni ada kelas A dan B . Aku kelas A.  Kelas kami ada 13 orang , 4 laki , 9 perempuan . Adat la tu laki sikit . Budak kelas aku semua best best . Semua minat kdrama , drama Melayu . Pantang ada drama best sikit , kemain laju lagi depa download . Budak laki pon minat drama segala ni bukan budak perempuan ja . Budak kelas aku semua budak budak pandai . Dari SBP , sekolah cluster  , mrsm . Salute habis aku dengan depa . Yang bestnya depa ni tak sombong . 



Sebenarnya aku tak berapa suka pon dekat sini , nasib ada schoolmates, roommate , and classmate yang best .Boleh la aku bertahan kat sini . Aku banyak stress kat sini , dari pemalas nak buat homework ,aku jadi rajin buat . Haha. Aku sanggup buat homework awal  pagi , cari jawapan pagi pagi buta. Kat sekolah menengah , langsung aku tak pernah buat weyh .
Aku banyak sorok stress aku kat kelas , jarang ada orang perasan aku rasa . Tapiiii aku silap , sebenarnya classmates aku perasan . Hahaha. Nanti la aku cerita mcm mana depa perasan . 


Apa apa pon, aku harap aku dapat untuk meneruskan sem dua kat sana. Habiskan aku punya study lagi lima bulan dengan depa (classmate , roommate ,schoolmate) kat sana . InshaaAllah . Even my new classmates aku tak sama dgn my old classmates , tapi aku seronok kawan dngan depa sebab setiap orang ada keistimewaan tersendiri.

Ahad, 2 Oktober 2016

Classmate baru , Suasana Baru


F1T2

Aku belajar sekarang kat Kolej Matrikulasi Perak . Selama aku belajaq kat sini Alhamdulillah ok . Tak dak apa masalah lagi . Masalah stress  dalam belajaq ja kot . Perghh acah gila ayat aku . Nampak sangat covernya tu . Macam biasalh , kalau pi tempat baru mesti jumpa orang baru . 

First kat sini aku tak dapat kelas ni pon . Aku dapat kelas lain . M1T4 tak silap aku . Tapi lepas aku tukaq modul , aku ditakdirkan untuk ke kelas yang havoc nak mati nii . Havoc ka? Macam bohong ja? Entahlaa nak , aku pon tak tau nak describe pasal kelas ni . Yang pasti depa semua baik , baguih , rajin dan yang paling penting depa ni semua masuk ayaq. Hahaha. 

Actually kelas aku 13 orang ja kalau tak digabungkan , kalau gabung ada 26 orang . Yang kat dalam gambaq tu tak lengkap sebenaqnya ahli F1T2 . Memang adatlah pi kelas mana pon , laki mesti sikit . Even kat Seri Perak pon sikit  , dalam lapan sembilan orang macam tu untuk satu kelas . Kat sini pon sikit jugak laki dalam kelas aku , dalam empat orang kalau tak campoq kelas. 

Kesimpulannya , bersyukur la dapat masuk kelas ni sebab aku dapat lari dari kelas yang ada bio dan dapat classmate yang happening . walaupon tak macam budak kelas lima sains punya happening .

Tu ja kot aku nak cerita . Bosankan post aku? Kalau bosan bagi 2 bintang . hahaha
 

Isnin, 16 Mei 2016

24 Hours Short Vacay


Assalamualaikum . 

Trip to Cameron Highland . Actually , vacation ni tak sampai 24 jam pon . Lepas aku tambah , tolak , darab , bahagi , lebih kurang lapan ke sepuluh jam aku berada di bumi Cameron . Selebihnya dihabiskan buat air liur dan tahi mata dalam bas . Kahkahkah .


Vacation ni tak dirancang pon sebenarnya . Aku pi pn lepas Azlina ajak dalam group Whatsapp . Kalau dia tak bagitau memang aku tak pi la . Lagipon fee nak pi Cameron tu tak mahal sangat . Dalam 35 ringgit sahaja . So , berpatutan la . Aku pergi dengan Azlina , Fatin , Nadiah under lawatan yang dibuat orang Selama ,Perak .



Kami sepatutnya bertolak pergi Cameron pukul 1 pagi .  Unfortunately , kami tak bertolak pada masa yg ditetapkan . Itulah janji Melayu .  Orang janji pukul 1 driver bas mai pukul 2 pagi . Hampa rasa? Mengantuk gila tunggu dia .  Punya habis ayaq liuq laa bergossip tunggu dia punya pasal .
Lepas dah sampai kami pergi Selama sebab nak ambik orang sana pulak . Majoriti orang Selama yang pergi . Aku ada nak complain sikit la pasal depa ni sebab mostly depa ni terdiri drpada golongan remaja . Aku tahu depa ni couple paling sweet , tapi tolonglah , tak payah la duduk dalam bas sebelah-sebelah . Malu la kat orang sama .



Okey back to the trip . Kami sampai Cameron lebih kurang pukol 8 pagi tak silap aku la.  Kami sampai terus cari toilet  sebab nak basuh muka yang penuh dengan tahi mata. Kahkahkah . Tapi tak jadi sebab toilet tak bukak lagi .  Kuang asamm betol .  So, kami pon pi breakfast dulu .Kita pekena roti canai dengan teh tarik dulu . Nyum nyum .  Air kat toilet dia memang sejuk habis la .Dingin ja rasa muka aku lepas basuh . Hahaha .




Habis ja berhenti breakfast kami pergi MARDI . Tiket nak masuk dalam 3 ringgit untuk dewasa .  Masuk2 tu  kami tak lepaskan untuk bergambar .  Bila lagi nak selfie bagai kat tempat yang penuh dengan bunga  ni ? Dahla aku ni jenis jarang pi bercuti , so dah ada peluang ni kita guna sebaik mungkin . Kat dalam tu ada jugak la jual strawberry celup coklat . Agak mahal dari yang jual kat luaq . Sebatang 2 ringgit . Dah la 3 biji ja dia letak .




Habis meronda dalam MARDI tengok burung , arnab , strawberry dan bunga segala kami pergi mana tah  .  Dia macam pasar  yang jual strawberry murah dan souvenir segala tu. Kat situ memang kami shopping sakan la . Beli strawberry sebungkus 15 ringgit  , cendawan celup tepung , teh , jem , jagung , ubi manis dan sebagainya .





Lepas habis perabih duit berpuluh ringgit .  Kami pergi taman lebah . Nak pergi taman lebah punyalah berejam sebab sesak . Mau terkucil aku dalam bas punya lama sangat .  Disebabkan lama sangat , driver bas berenti kat food court utk lunch . Tapi aku tak makan la sebab gila mahai . Dah la tak sedap (komen makcik2 yg dok complain kat kami) Toilet kat food court  ni mahai sampai cekik darah . 50 sen sekali masuk , sebabnya tandas dia ada aircond and kipas . Tapi ayaq slow macam tu jugak .



Sampai kat taman lebah kami ronda kat kedai souvenir ja . Malas nak jalan2 kat taman lebah sebab kami singgah ja pon . Kat situ aku adalah beli fridge magnet . 4 benda 10 ringgit . Okey la . Lepas tu kami pergi ladang teh Cameron Valley .  Kalau nak beli teh ka tempat ni mahai sikit sebab sekali dengan harga gst . So belilah kat pasar2 . Sempat la jugak tangkap gmbar kat ladang teh . Lepas tu bertolak balik ke Parit Buntar yang tercintaaa .



Nota :
Trip ni tak berapa nak bagus dia punya pengurusan masa .  Setiap tempat kami pergi ketua rombongan tak habaq langsung berapa jam nak habiskan masa kat satu2 tempat .
Dah la masa untuk singgah solat pon tak dak .  Tu yang aku kesal . Habis subuh aku kelaut . Berdosa aku dengan Allah . Bayangkan 5- 5;50 dia habiskan masa kat RnR tapi bila masuk waktu Subuh dia start blah  pergi Cameron . Tapi salah kami jugak tak berani  habaq kat dia kata kami nak solat . Kami jamaq solat zuhur dan asar pon dah hujung waktu . Itupon tergesa-gesa sbb dia berenti kat RnR dalam 15 minit ja.  Serious aku harap perkara mcm ni tak berulang lagi .





Sabtu, 5 Mac 2016

Hari Mendebarkan



Assalamualaikum.

Tarikh 3 March merupakan tarikh keramat untuk aku dan kawan aku .  Pak Cik Result SPM keluar derr .Sehari sebelum dapat result , jantung aku asyik degup kencang ja . Dup dap dup dap .  Punyalah tak tenang . Malam pulak nak tidor pon payah .  Asyik terjaga ja .

Bangun pagi awal dari kebiasaan kot sebab teringat kat si result SPM .  Selalunya enam setengah baru bangun . Haha. Tup tup hari tu aku punya bangun sejam lebih awal . Risau punya pasal . Pagi tu baru lah iron baju segala . Hari ambil result aku tak izinkan mak aku ikut sekali pi sekolah sebab aku takut result tu tak mengembirakan hati mak aku . haha .  Ayah aku tak pi sebab kerja , tapi kalau tak kerja pon mmg tak la nak bagi pi .

Tepat jam 10  pagi barulah aku nak panaskan enjin , start motor segala nak pi sekolah .  Sebelum pi sekolah singgah lepak dulu rumah kawan. Pi ramai2 la best .  Singgah rumah kawan , kawan menghasut suruh check result pakai SMS .  Mulanya tak mau , last sekali buat jugak sbb tengok kwn dah dapat result .  Mana tak ketaq satu badan .  Dengan kawan siap menangis lagi waktu dapat tau result .Last sekali result aku sampai melalui sms .  Sebak jugak la tau result aku .  Tapi Alhamdulillah ,  aku dah usaha sebaik mungkin  dan aku happy dengan result tu . Walaupon agak kurang dari trial .

Pukul 11: 20 bru pergi sekolah ,  waktu aku sampai , pengetua dah habes cakap dan dah nak umumkan result . Sekolah aku dapat 6 orang straight A’s . Semuanya perempuan .Bangga aku sebagai kaum perempuan . Haha . Tahniah jugak untuk ex crush , sebab hang dapat result yg cemerlang.
Apapon aku ucapkan beribu tahniah dekat classmates  . Walaupun result yang hampa dapat tak memuaskan hati hampa , hampa dah berusaha dan  dah buat yang terbaik . Syukur Alhamdulillah.  

 Jangan berhenti , sebab ini bukan pengakhiran kita untuk mencapai kejayaan . Mungkin takdak rezeki kat SPM ,tapi siapa tahu kejayaan dan rezeki tunggu hampa kat tempat lain .
Lepas ni semua bawak haluan masing-masing , tak sama kelas , tak sama bidang , tak sama uni . Aku harap hampa bersungguh sungguh ok kejar impian hampa . Good Luck !




Isnin, 11 Januari 2016

Jumpa lagi , Sahabat


Assalamualaikum.

Ehem , secara rasminya , kita telah tamat sekolah pada 1 Disember 2015 . Sekarang , orang sekeliling kita tak boleh panggil kita budak sekolah lagi. tapi bagi aku kita tetap budak sekolah. Haha . Perangai semua tak matang lagi. Macam budak-budak . Kini , kita sudah start menginjak ke alam yang penuh dengan adventure , dugaan , gembira , cabaran dan kesedihan iaitu alam dewasa. Kita semua akan mula serius untuk berlari mengejar impian terbesar masing-masing .

Selepas dapat result SPM ,  inshaaAllah kita semua akan melangkah masuk ke tempat yang asing bagi kita untuk menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi iaitu universiti . Mungkin lepas ini , hampa akan masuk bidang arkitek , jurutera , doktor daan lain lain lagi . Tapi yang pasti kita bakal kembali masuk ke dalam kelas untuk menuntut ilmu . Kita juga kembali mengejar gred A demi mencapai kecemerlangan akademik . Mesti ramai yang akan berusaha nak dapat anugerah dekan . Tetapi dalam kita dok sibuk cari gred A ,  ada satu 'A' yang kita tidak sepatutnya lupakan...
'A' yang paling penting dalam hidup kita adalah Allah.

Sesungguhnya misi utama kita sebagai hamba Allah adalah mendapat keredaanNya . Apa pun , good luck .  Semoga kita berjaya di dunia dan akhirat.


Jumpa lagi , sahabat .