Halaman

Thursday 18 March 2021

USM Geophysics

Hello, it's me again.

Okay kalini nak cerita sikit pasal Geophysics USM ni. Mostly semua akan tanya Geophysics ni menatang apa, macam mana, benda apa and the list goes on. Well, Geophysics ni macam tak berapa ramai sangat orang tau. Bila makcik pakcik kat kampong tanya Geophyscics tu buat apa, aku akan bagitau belajar tengok bumi ja, tak pon belajar pasal batu. Sebab kalau cerita details sangat takkan faham pon hahahha. Dari sini kita dah boleh nampak, orang orang kita ni familiar dengan engineering, doktor, peguam apa semua tu kalau nak sambung belajar.

Kalau hampa ambil course Geophysics kat USM, hampa kena go through hell almost 4 years (8 sem) nak dapat degree dia. Hahhaha tak daknya macam neraka belajaq Geophy ni, biasa biasa ja. Dah nama pon Geophysics, wajib la ada subjek berkaitan physics. So, masa first year tu hampa mau tak mau pon kena jugak ambil physics subjects. Ada jugak physics practical, maths and of course geology. Tak ada geology, tu bukan geophysics namanya.


So basically,

Sem 1 - Physics I (Mechanics), Calc, Physics III (Waves), Physics Practical I, Geology I.

Sem 2 - Physics II ( Electric, Magnet), Physics IV (Mod Physics, susah gila baq hang), Algebra &
             Vector, Geology II, Geology Practical.  

Sem 3- Complex Analysis & Differential, Meteorology I, Solid Earth Geophy I, Explore Geophy I,
             Geophy Practical

Sem 4 - Solid Earth Geophy II, Explore Geophy II, Geophy Practical

Sem 5-  Meteorology II, Intro to Ocean, Remote Sensing (bukan remote control), Geophy Project

Sem 6- Geophy Project, Elective Subjects

Sem 7- Elective Subjects

Sem 8 - Industrial Training/Elective Subjects


Tu ja la hampa belajaq, tapi ada jugak subjek bahasa, subjek uni/ko-k hampa kena cukupkan. Kalau tak cukup, tak boleh grad. (Ni syarat lama, yang baru saya tak pasti gimana)

Belajaq course Geophysics ni yang terpaling best tu ada field trip dengan field camp. First year ada geology field trip, second year ada geophysics field camp, third year ada ocean trip. Setahu aku geology field trip ni tempat sama ja pergi, tapi tak tau la tahun yg mendatang ni dah tukar tempat. 

Time aku first year, kami pergi geology field trip kat Kedah, area Yan atau Merbok tak silap aku laa. Btw subjek ni Dr Teoh ja ajaq. Masa kami pergi tu, cuaca tak best sikit. Hujan lebat. Tapi we have a lot of fun okay kat situ, hujan lebat sanggup redah semak samun demi nak jayakan field trip, nak tengok structure geo, batu tu metamorphic ka sedimetary ka, formation apa semua. Aku siap ada pacat dok hinggap kat kaki aku hahhaha. Baju semua habis basah semua. Dah nama pon hujan kan.



Bukti kami memang pegi waktu hujan


Masa first year, ada juga Geo Industrial Week, selalu benda ni buat kat UM.  GIW ni banyak share pasal geoscience, career yang relate dengan geo and ada gak competition yang boleh join macam oil rig, geo quiz. Tak semua wajib pergi pon, kalau hampa nak pi la. Pastu best jugak sebab boleh jalan jalan dengan genk geo. Kami semua pi sebab nak jalan jalan pegi IKEA ja pon ni. Hhahahaha



Fast forward to second year,  ada Geophy practical dan ada jugak Geophysics fieldcamp, terpaling ditunggu-tunggu. Field camp ni selalunya seminggu buat. Camp ni mostly kita akan buat survey guna geophysics method yg dah belajaq masa Geophysics Practical. Macam seismic, resisitivity, hand auger etc. Kalau tak burn skin hampa masa buat survey bukan namanya field camp la. Hahhaha seharian duduk bawah panas terik mentari. Lepastu malam semua barai sbb nak kena siapkn report hari yang sama. Basically tempat field camp dipilih ikut lecturer mana yang handle. Time aku punya fieldcamp kami terpaling beruntung (acah bebenor) sebab Prof Dr Rosli yang handle. So, field camp kami kat Acheh, Indonesia! Sebelum ni ada jugak senior fieldcamp depa kat Acheh tapi tak pasti lecturer mana yang handle. So kalau nak tau buat apa ja masa fieldcamp kat acheh tu boleh la tengok previous post. Maleh nak taip lagi sekali.




Moving on to third year, ada ocean trip. Subjek ocean ni Dr Noordin yang ajaq, so selalunya trip dia tempat yang sama ja setiap tahun. This trip buat dekat Pantai Kerachut, Penang. Trip ni gg sikit sebab pergi balik kena hiking. Penad aque. Pegi semua macam excited ya nak sampai tempat tu. Kat situ ada la buat survey macam check water quality, turbidity apa semua tu. The best part is boleh main ayaq laut kat situu tapi waktu buat survey ja laa hahhaa. Kat sini la akan ada yg acah acah function buat kerja hahahah. Pastu habis survey, kami ada jugak pegi turtle sanctuary sebab memang dah dekat situ ja.




Ni ja la sedikit sebanyak aku boleh share pasal apa sebenarnya yang berlaku dalam Geophysics kat USM. Nak cerita satu satu pasal subjek mmg idok la, terlalu educational. Mostly subject geophy banyak field trips. So memang syok kot. Ada ja yang pilih subjek elektif tu sbb field trip ja. Masa third year patutnya ada field trip utk subjek elektif mcm geo ocean dgn advance geo, tapi sayangggggg sebab pandemik Covid-19 tak boleh nak buat. Tidak banyak lagi aku boleh cerita. Masa fourth year ada satu lagi trip ocean tapi aku tak pegi sebab tak amik subjek elektif tu.

Fun fact: Student geophysics sumpah tak ramaiii. Hahahha. Satu batch dalam 30 orang macam tu ja paling ramai. Hari hari tengok muka sama ja sampai hmpa bosan. So memang budak course geo tu cepat rapat  dari course fizik lain and selalu orang cakap geo ni asabiyah hahaha. Batch aku 26 orang kot. Selalunya every year akan ada dua BBQ nights. Satu untuk second year handle, satu lagi untuk first year. 

Another fun fact: Semua lecturer fizik, terutama sekali lecturer geofizik baik sungguh. Bonding lecturer geo dengan student dah macam family. Satu lagi gossip yg berlaku antara budak geo, kadang kadang tu lecture geo pon tahu hahaha.



Kalau tanya Geophysics susah ka tak, semua benda susah. Hang amik course apa pon semua susah. Course bahasa yang org cakap senang tu pon ada susah yang tersendiri. Mana ada yang senang. Satu lagi, kalau hang rasa hang terror hafal sangat recommended jugak utk belajaq course ni sbb banyak betul nak kena hafal, baca semua. Geophysics ni hang boleh kerja under oil and gas, pergi geotechnics apa semua tu. Tapi tu laa, waktu kalau nak intern kat company oil and gas susah nak mampos. Yang terpilih ja layak hahahah.


Bonus:

Kata kata pujangga dari student geophysics

"sebagai seorang pelajar yang ambik geophysics course, kos ni sangat menarik. sebab kat satu malaysia ni kos geofizik cuma ada satu je iaitu dekat usm, ada la rasa spesial sikit. salah satu yang menariknya, kos ni ada banyak kerja lapangan sebab geophysics mengkaji struktur tanah atau bumi secara generalnya. sepanjang 4 tahun belajar, kos ni sangat banyak mengajar secara hands on dan bukan teori semata-mata. contoh, kitorang kena kaji segala jenis mak batu, anak batu. lepas tu nanti kena tahu apa ciri-ciri untuk setiap jenis batu, atau kenapa setiap tanah warna tak sama. geofizik sangat bergantung pada alatan. segala alatan geofizik hanya digunakan di atas permukaan tanah, tapi hasilnya nanti boleh tahu apa jenis batu kat bawah permukaan tanah. semua alatan ni pulak menggunakan konsep fizik, so dari situlah namanya geofizik. ha gitu. kalau orang yang jenis tak ada high expectation sebelum masuk universiti (mcm aku), masuk kos geofizik ni mmg sangat menarik and highly recommended untuk yang ada minat."- Farah Husna (2021)



Wednesday 23 September 2020

Trip to Perhentian Island

 Hello peeps!

Yeap, entri kali ni aku nak cerita pengalaman pergi pulau dekat negeri Terengganu, Pulau Perhentian. Jemput makan popcorn sambil aku nak bercerita.

Okay, macam mana aku boleh pergi sana? Macam ni, tempat aku kerja part time tu ada buat company trip. Memula company trip ni buat bulan 8, tarikh aku ada viva and memang aku tak boleh join pon. Then, company tangguh trip ni bulan 9. Aku pon apa lagi join la trip ni, tak pernah pergi kot. Sapa tak mau pi kalau pergi dan balik secara percuma, company tanggung.


Trip ni tak lama pon, 2D1N. Gerak pergi Kuala Besut lepas balik kerja ya gaiss around 1-2 am. Barai kerja seharian, lepastu kalut bersiap nak pergi trip hahaha. Total staff semua yang pi ni dalam 40+, ramai la jugak. Dalam asyik tidoq siap mimpi bagai dalam bas tu sampai jugak Kuala Besut around 9-10 am mcm tu. Bagi aku laju jugak driver bas ni drive. Finally, dapat jugak aku jejakkan kaki di Pulau Perhentian. Yeay!!!!

Petang tu is the best part ever in Perhentian. It's snorkeling time!! Excited teruk sebab first time dalam hidup cuba snorkeling. Memula tu macam agak tak reti and awkward tau pakai alat snorkeling but everything went well EXCEPT aku tak reti acanoi nak snorkeling hahaha. Rasa mcm takot nak selam muka dalam ayaq laut, takot tak boleh nak nafas dengan okay, semua la takot. Dah la berenang pon tak reti hhahahah nasib la ada member kerja, Azam, tolong ajaqkan. kalau tak sampai habis semua checkpoint aku tak reti nak snorkeling.






Bila ja dapat tengok view dalam laut, dapat tengok ikan yang lawa, coral yang cantik, penyu yang comel terus macam WOW!! Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan. MasyaAllah view tu lawa sangat, bersyukur sangat Allah bagi rezeki kat aku dapat tengok view yang cantik tuu. Snorkeling ni ada dalam 4-5 checkpoints. Snorkeling kemain lagi jauh dari bot, bila nak balik ke bot gelabah punya lama sebab tak reti berenang. Nasib la ada member keja, Syawal, tolong tarik kami ke bot. Hahaha dia pon ada jugak ajaq cara berenang tapi tu la tak reti reti jugak. Time tu bersyukur jugak la sebab satu bot dengan dia.


Last checkpoint tu tak snorkeling pon, makan keropok lekor dengan tangkap gambaq ja. Makan keropok lekor tepi pantai panas panas ni asyiiiikkk dia lain macam. Hahahha. Overall snorkeling activity ni best gila and one day aku Tuhan dapat bagi aku rezeki pergi sini lagi. 

Next day pergi hiking to windmill. Gigih ya bersiap lawa lawa sebab nak ada gambaq cantik kat sana. Dah la berkicap, lencun dengan peluh sebelum sampai sana. Kat area tu pon view dia tu pon lawa sangat. Tak sia sia la mandi peluh pon bila sampai sana. Penat yang berbaloi ehek.



Then, habis ja hiking tu checkout and pulang. Sempat jugak singgah beli keropok lekor bawak balik.

Tbh, even trip ni sat sangat and tak banyak activities sangat tapi bagi aku best! sebab ya la jarang aku dapat pergi trip ke pulau. Doakan aku dapat pergi tempat ni lagi sekali and try other activities yang ada.